Sudah ada di antara kamu yang boleh membaca dengan baik. Teruskan usaha untuk mantapkan lagi pembacaan kamu dan seterusnya memahami makna yang tersurat dan tersirat...
Wednesday, 29 August 2012
Seronokkan...dah boleh baca. Cikgu suka kamu berebut-rebut nak baca...
ditulis oleh cikgu nona pada 8:24:00 am 0 apa komen anda
Wednesday, 11 July 2012
Saringan bertulis...
Hmmmm.... minggu depan saringan bertulis. Semoga kalian dapat menjawab dengan baik... berdebar juga rasanya bimbang teerrrrrrlupa. Harapan cikgu agar setiap yang kalian pelajari masih kekal dalam ingatan...
ditulis oleh cikgu nona pada 7:50:00 pm 0 apa komen anda
Monday, 9 July 2012
Perjuangan harus diteruskan...
Dunia pendidikan sudah banyak berubah. Terkadang cikgu rasa tak mampu nak laksanakan segala kehendak pihak atasan. Namun yang pasti kalian adalah keutamaan cikgu. Selagi hayat dikandung badan, selagi kesihatan mengizinkan... kalian takkan cikgu persiakan... Semoga Allah beri kekuatan kpd kita untuk mengharungi liku-liku hidup yang mendatang....
ditulis oleh cikgu nona pada 6:32:00 pm 0 apa komen anda
Syukur.... Lega hati cikgu. Sudah ada di antara kamu yang boleh membaca ayat mudah. Walau terkadang kamu sering lupa namun cikgu yakin satu hari nanti kamu pasti berjaya seperti rakan kelas perdana.
ditulis oleh cikgu nona pada 8:30:00 am 0 apa komen anda
Tuesday, 3 July 2012
Hai... alhamdulillah. Ramai murid TEGAR sudah boleh kuasai konstruk 1 dan 2 cuma yang agak mengecewakan mereka belum mahir menulis dengan baik huruf dan perkataan yang disebut... kawan-kawan ada idea ??? kongsi la..
ditulis oleh cikgu nona pada 6:50:00 am 0 apa komen anda
Saturday, 5 May 2012
Cabaran bermula ...
Tanggal 7/5/2012 bermulalah agenda baru dalam rutin hidupku sebagai pendidik. Dengan rela hati dan izin suami, aku akan kerah keringat untuk memastikan anak didik prasekolah yang ketiadaan guru, mengenal huruf dan nombor dengan baik. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku membantu anak-anak ini....
ditulis oleh cikgu nona pada 9:03:00 am 0 apa komen anda
Syukur...
Tinggal 6 orang je lagi yang tak kenal huruf. 4 orang dah boleh baca ayat-ayat yang mudah. Yang lain, mengeja... semoga kalian berjaya..
ditulis oleh cikgu nona pada 8:57:00 am 0 apa komen anda
Thursday, 1 March 2012
Akim... cikgu dah jumpa
Terima kasih Akim sebab masih sudi senyum dan memanggil-manggil nama cikgu. Cikgu dah jumpa pengganti Akim. Putra namanya. Sikapnya sama seperti Akim, suka menangis bila tak tau nak baca dan tulis... bila dia nangis, cikgu mesti ingat Akim...
ditulis oleh cikgu nona pada 5:32:00 pm 0 apa komen anda
gembira bukan kepalang...
Alhamdulillah.... setelah 2 bulan berhempas pulas, ramai anak-anak cikgu berjaya mengingati kesemua huruf besar dan kecil hasil kerjasama dengan cikgi Siti dan teacher Musalma. Walaupun ada sebilangan kecil yang asyik terlupa namun kamu tetap menunjukkan minat untuk terus mencuba. Cikgu akan terus berusaha dan berdoa agar kamu boleh berjaya seperti rakan-rakan yang lain...
ditulis oleh cikgu nona pada 5:27:00 pm 0 apa komen anda
Saturday, 11 February 2012
LITERASI 2012... TAHUN 1
Berdasarkan diagnostik yang telah dibuat awal Januari lalu, seramai 23 orang tidak ingat huruf. Jumlahnya agak sedikit jika dibandingkan dengan tahun 2011 iaitu 38 orang. Sebulan sudah berlalu.... 2 orang sudah kenal kesemua huruf kecil dan besar. Baru 2 orang.. risaunya hati.
" dari redup mata kalian, terlihat cahaya yang bersinar "
ditulis oleh cikgu nona pada 4:57:00 pm 0 apa komen anda
Saturday, 7 January 2012
MARI MENGEJA
Masa langkah | Aktiviti Pengajaran pembelajaran | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit ) | 1. Guru meminta dua orang murid memecahkan belon dan meneka gambar yang terdapat di dalamnya. | Belon Gambar muka |
Langkah 1 ( 10 minit ) | 1. Guru mempamerkan kad huruf vokal. 2. Murid diminta menyebut dan membunyikan huruf vokal. | kad huruf vokal |
Langkah 2 ( 20 minit ) Permainan “Siapa kena, dia eja” | 1. Guru memperkenalkan peralatan dan cara bermain. 2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid berbaris mengikut kumpulan untuk menunggu giliran membuat balingan. 4. Murid mengambil bola dan pin boling yang telah dijatuhkan. 5. Murid menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk suku kata KV. 6. Murid mengeja hasil gabungan huruf tersebut. 7. Murid mencari kad suku kata KV di dalam kotak dan lekatkannya pada papan tulis. | bola kecil bertulis huruf vokal pin boling bertulis huruf konsonan kad suku kata |
Langkah 3 ( 15 minit ) | 1. Guru menampalkan gambar pada papan tulis. 2. Murid memilih suku kata yang betul bagi melengkapkan perkataan tersebut. 3. Murid mengeja dan menyebut perkataan hasil gabungan dua suku kata tersebut. 4. Ulang langkah 1 – 3 untuk beberapa gambar yang lain. 5. Murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan. | kad bergambar kad suku kata Lembaran kerja |
Penutup ( 10 minit ) | Penutup Kognitif: Guru meminta murid menyebut semula suku kata KV yang di paparkan Penutup sosial. Guru mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung. Murid diberikan ganjaran sebagai galakan untuk terus mengikuti kelas yang seterusnya. | |
ditulis oleh cikgu nona pada 9:25:00 am 0 apa komen anda