BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 29 August 2012

Bahagianya rasa dijiwa...

Sudah ada di antara kamu yang boleh membaca dengan baik. Teruskan usaha untuk mantapkan lagi pembacaan kamu dan seterusnya memahami makna yang tersurat dan tersirat...

Seronokkan...dah boleh baca. Cikgu suka kamu berebut-rebut nak baca...



Wednesday 11 July 2012

Saringan bertulis...

Hmmmm.... minggu depan saringan bertulis. Semoga kalian dapat menjawab dengan baik... berdebar juga rasanya bimbang teerrrrrrlupa. Harapan cikgu agar setiap yang kalian pelajari masih kekal dalam ingatan...

Monday 9 July 2012

Perjuangan harus diteruskan...

Dunia pendidikan sudah banyak berubah. Terkadang cikgu rasa tak mampu nak laksanakan segala kehendak pihak atasan. Namun yang pasti kalian adalah keutamaan cikgu. Selagi hayat dikandung badan, selagi kesihatan mengizinkan... kalian takkan cikgu persiakan... Semoga Allah beri kekuatan kpd kita untuk mengharungi liku-liku hidup yang mendatang....

Syukur.... Lega hati cikgu. Sudah ada di antara kamu yang boleh membaca ayat mudah. Walau terkadang kamu sering lupa namun cikgu yakin satu hari nanti kamu pasti berjaya seperti rakan kelas perdana.

Tuesday 3 July 2012

Hai... alhamdulillah. Ramai murid TEGAR sudah boleh kuasai konstruk 1 dan 2 cuma yang agak mengecewakan mereka belum mahir menulis dengan baik huruf dan perkataan yang disebut... kawan-kawan ada idea ??? kongsi la..

Saturday 5 May 2012

Cabaran bermula ...

Tanggal 7/5/2012 bermulalah agenda baru dalam rutin hidupku sebagai pendidik. Dengan rela hati dan izin suami, aku akan kerah keringat untuk memastikan anak didik prasekolah yang ketiadaan guru, mengenal huruf dan nombor dengan baik. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku membantu anak-anak ini....

Syukur...

Tinggal 6 orang je lagi yang tak kenal huruf. 4 orang dah boleh baca ayat-ayat yang mudah. Yang lain, mengeja... semoga kalian berjaya..

Thursday 1 March 2012

Akim... cikgu dah jumpa

Terima kasih Akim sebab masih sudi senyum dan memanggil-manggil nama cikgu. Cikgu dah jumpa pengganti Akim. Putra namanya. Sikapnya sama seperti Akim, suka menangis bila tak tau nak baca dan tulis... bila dia nangis, cikgu mesti ingat Akim...

gembira bukan kepalang...

Alhamdulillah.... setelah 2 bulan berhempas pulas, ramai anak-anak cikgu berjaya mengingati kesemua huruf besar dan kecil hasil kerjasama dengan cikgi Siti dan teacher Musalma. Walaupun ada sebilangan kecil yang asyik terlupa namun kamu tetap menunjukkan minat untuk terus mencuba. Cikgu akan terus berusaha dan berdoa agar kamu boleh berjaya seperti rakan-rakan yang lain...

Saturday 11 February 2012

LITERASI 2012... TAHUN 1

Berdasarkan diagnostik yang telah dibuat awal Januari lalu, seramai 23 orang tidak ingat huruf. Jumlahnya agak sedikit jika dibandingkan dengan tahun 2011 iaitu 38 orang. Sebulan sudah berlalu.... 2 orang sudah kenal kesemua huruf kecil dan besar. Baru 2 orang.. risaunya hati.

" dari redup mata kalian, terlihat cahaya yang bersinar "

Saturday 7 January 2012

MARI MENGEJA

Tema    :   Kebersihan
Tajuk    :   Diri Saya
Standard Kandungan     
2.0     Membaca suku kata
3.0     Membina dan menulis suku kata
Standard Pembelajaran 
2.1     Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV  
3.1     Membina dan menulis suku kata terbuka KV
Objektif  
Pada akhir  pelajaran murid berupaya :
i.        Membunyikan  suku kata KV gabungan huruf vokal dan huruf konsonan.
ii.       Menulis suku kata terbuka KV gabungan huruf konsonan dan huruf vokal.
Pengetahuan Sedia Ada  
Murid sudah mengenal huruf a - z.
Ilmu                    :   Pendidikan Jasmani
Penerapan nilai  :   tolong – menolong, bekerjasama
Bahan Media      :   kad huruf vokal, kad suku kata, kad gambar, bola kecil, lembaran kerja, pin boling.
KBT                    :   menghubungkait,
BCB                   :   mendengar dengan berkesan

 


Masa
langkah


Aktiviti Pengajaran pembelajaran

Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

1. Guru meminta dua orang murid memecahkan belon dan meneka gambar yang terdapat di dalamnya.

Belon
Gambar muka


Langkah 1
( 10 minit )


1. Guru mempamerkan kad huruf  vokal.
2. Murid diminta menyebut dan membunyikan huruf vokal.


kad huruf vokal

Langkah 2
( 20 minit  )

Permainan
“Siapa kena, dia eja”

1. Guru memperkenalkan peralatan dan cara bermain.
2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Murid berbaris mengikut kumpulan untuk menunggu giliran membuat balingan.
4. Murid mengambil bola dan pin boling yang telah dijatuhkan.
5. Murid menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk suku kata KV.
6. Murid mengeja hasil gabungan huruf tersebut.
7. Murid mencari kad suku kata KV di dalam kotak dan lekatkannya pada papan tulis.


bola kecil
bertulis huruf vokal

pin boling
bertulis huruf konsonan

kad suku kata



Langkah 3
( 15 minit  )









1. Guru menampalkan gambar pada papan tulis.
2. Murid  memilih suku kata yang betul bagi melengkapkan perkataan tersebut.
3. Murid  mengeja dan menyebut perkataan hasil gabungan dua suku kata tersebut.
4. Ulang langkah 1 – 3 untuk beberapa gambar yang lain.
5. Murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan.


kad bergambar

kad suku kata

Lembaran kerja



Penutup
( 10 minit )

Penutup Kognitif:
Guru meminta murid menyebut semula suku kata KV yang di paparkan

Penutup sosial.
Guru mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung.  Murid diberikan ganjaran sebagai galakan untuk terus mengikuti kelas yang seterusnya.