BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 30 December 2011

Uji minda

Cuba kamu bina perkataan daripada suku kata di bawah dan bina ayat tunggal secara lisan.

bal     ba    be   ka   tuk   si    
mus   ne    te    pa   kan  ma
kal     ba    hal  da   nek  li   

semoga berjaya...

Mari kita cuba latihan ini sebagai pengukuhan.

Baca dan fahamkan.Kemudian, kenalpasti kata kerja yang terdapat di dalam petikan di bawah.

Hobi Huda

      Hobi Huda membaca buku cerita. Huda mempunyai banyak buku cerita. Dia membaca buku cerita selepas waktu belajar. Ayah dan ibu Huda membeli buku cerita untuknya. Huda juga meminjam buku cerita daripada kawan-kawannya dan dari perpustakaan. Dia menjaga buku cerita itu dengan baik. Pada waktu lapang, Huda akan mengemas dan menyusun buku-buku ceritanya di rak buku. Huda sangat sayang akan buku ceritanya.


Lengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.

1.   Huda gemar  __________  buku cerita. pada masa
     lapang.

2.  Ayah dan ibu Huda  ____________ buku cerita
     untuk Huda.

3.  Huda ___________ buku cerita daripada
     kawan-kawannya.

4.  Huda ___________ buku-buku dengan baik
     supaya tidak rosak.

5.  Huda  __________  buku cerita agar tidak
     berselerak.

6.  Dia ____________ buku-buku ceritanya di atas
     rak.
      

Adakah anda yakin, anak didik anda atau anak-anak di rumah benar-benar menguasai kemahiran membaca dengan baik ? Adakah anda pasti mereka mampu menjawab setiap soalan ujian atau peperiksaan?

Di sini, ingin saya berkongsi pengalaman yang telah saya lalui bersama rakan-rakan seperjuangan. Apabila diajukan soalan " Anak encik / puan sudah pandai membaca ? " Ada yang menjawab, sikit-sikit je cikgu. ada juga yang kata, " anak saya tak ingat huruf lagi cikgu. Dua kali saya hantar ke tadika tapi tak ingat-ingat juga. Jawapan yang saya suka dengar ialah "anak saya semua boleh cikgu, baca boleh, mengira pun dah pandai". Lega hati saya sekurang-kurangnya ada juga yang sudah boleh membaca dan mengira. Murid ini pasti tidak akan keciciran dalam pembelajaran. Namun, apa yang penting ialah mereka mesti faham apa yang mereka baca. Jika tidak faham, susahlah untuk menjawab soalan.

Monday 12 December 2011

Tahniah !!! kamu sudah boleh membaca dengan lancar. Teruskan usaha kamu. Cikgu doakan agar kamu berjaya dengan cemerlang.

Sebelum cikgu akhiri, mari tonton video ini...



 

Jumpa lagi...

Konstruk 12 : Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan secara lisan atau penulisan.

Baca petikan di bawah.

Ini  adik  Huda.
Adik  Huda  bernama  Lina.
Hobi  Lina  ialah  membaca.
Lina  suka  membaca  buku cerita.

Jawab soalan di bawah.

1.   Siapakah  nama  adik  Huda ?
2.  Apakah  hobi  Lina ?
3.  Lina  baca  buku  apa ?

Tulis ayat berdasarkan gambar.

_________________________________________________________       
__________________________________________________________
______________________________________________________

 

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis menulis ayat mudah.

Jom kita baca ayat-ayat ini.

Kakak  masak  nasi.
Gajah  makan  tebu.
Adik  minum   susu.
Ibu goreng ayam.
Abang  pancing  ikan.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.

imbuhan awalan
                                                                
ber jalan
me lompat
ter jatuh
men cari
pe lari
ber main

imbuhan akhiran
 alas an
makan an
minum an
lukis an
harga i
awas i


Konstruk 9 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.

 Digraf  ???

Digraf ialah gabungan dua huruf konsonan yang mewakili satu bunyi . Digraf hanya ada 5 sahaja iaitu ng, sy, gh, ny dan kh.

  nyanyi        nyaman          nyiru
  ngilu          nganga           ghaib
  Khamis      khabar            khilaf   
  syarat        syarikat           singa        
  tangan        ngeri             bunga
  
Konsonan bergabung ...

plastik    stamina   skuter   proton   
  skru   klip   brek   drama    stor

Ramai rakan guru yang terkeliru dengan digraf dan konsonan bergabung. Contoh di atas mungkin dapat membantu anda...

 

Mari kita cuba latihan ini sebagai pengukuhan.

 


 

 

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Sunday 11 December 2011

Ikut cikgu eja ye...


Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong

Diftong ???
 Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.

Lihat contoh di bawah : 
 au               oi               ai 
pisau              sekoi             petai
gurau             amboi            misai
pulau             boikot            santai   
aurat               kaloi             haiwan

Saturday 10 December 2011

Cuba baca ayat ini sebagai pengukuhan.

Ini jongkong emas.
Emas ini mahal.



Ini ubi kayu.
Nenek suka goreng jadi kerepek. 


Ini ikan jerung.
Ikan jerung ini ganas.

 
    Lembu ada ekor.
Lembu meragut rumput di padang.


Adik saya comel.
Nama adik Arina Atikah. 

Ini obor.
Api obor panas.




Cuba baca cerita ini pula. Kamu pasti boleh...

                 
       
                                          HELANG

Ada seekor helang. Suka terbang melayang-layang. Hinggap di pohon rendang. Mencari mangsa sedang berenang. Helang terbang membawa rezeki pulang ke sarang. Daging dipagut senang. Anak helang kini girang. 

Mari kita cuba sebut perkataan yang lebih sukar...

   banglo        pangsa    
   tangga        mangga
   jingga         tunggu  
   sangka       mangsa
   terbang      cangkul
   hinggap      ranting     
   rendang     helang
   burung       berenang   

Kita cuba yang susah sedikit ye...

Konstruk 6 : Membaca / menulis perkataan suku kata tertutup 'ng'.

Baik, kamu sudah boleh menyebut dengan betul. Sekarang, mari kita cuba baca pula.

     KEBUN  SAYUR  DATUK

     Datuk saya ada kebun sayur. Kebun sayur datuk di tepi kolam ikan pak cik Mahadir. Datuk tanam sayur sawi, lobak merah, cili padi, bayam dan kobis. Saya dan nenek selalu bantu datuk di kebun.  

Jom eja sambil menari...

Jom nyanyi lagi...

Konstruk 5 : Membaca / menulis perkataan suku kata tertutup.

Jom ikut lagu ini...


Cuba eja ikut rentak yang sama seperti lagu tadi...

bim     cim     dim    fim
gim     him     jim    kim
lim      mim    nim   pim
rim      sim     tim    yim

bas     cas     das    fas
gas     has     jas     kas
las      mas    nas    pas
ras      sas     tas     yas


Baik, kamu boleh ulang suku kata yang lain pula  

Konstruk 4 : Membunyikan / menulis suku kata tertutup.


jom eja sambil berdikir barat...

Mari kita baca sambil menyanyi...

Baca ayat di bawah.

     KELUARGA SAYA

     Nama saya Huda.
     Saya suka baca buku cerita.

     Nama bapa saya Zahari.
     Bapa beli kereta baharu pagi tadi.
     
     Nama ibu saya Marini.
     Ibu sapu kaya pada roti.
    

Mari kita nyanyi lagu ini...

Cuba latihan ini pula.

Friday 9 December 2011

Mari cuba latihan ini...

Saturday 19 November 2011

Cuba sebut dan baca...

Tahukah anda ?

Gabungan suku kata akan menjadi perkataan. Perkataan-perkataan yang bermakna disusun supaya menjadi ayat yang betul dan gramatis. Lakukan latih tubi menyebut perkataan hingga membaca ayat secara ansur maju. Anda pasti boleh lakukannya untuk membimbing anak-anak di rumah.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka

 
Setelah murid lancar menyebut suku kata terbuka, gabungkan suku kata tersebut supaya menjadi perkataan yang bermakna sama ada melalui permainan atau nyanyian.

Saturday 5 November 2011

Nyanyi, nyanyi juga.... jangan lupa eja.

Kita nyanyi dulu ye...

Konstruk 2 : Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka

Bagus.... kamu telah mengenal kesemua huruf vokal dan konsonan.
Mari kita belajar mengeja suku kata terbuka ( kv ).
Gabungkan huruf konsonan ( k ) dan vokal ( v ) untuk mengasilkan bunyinya.

Tuesday 25 October 2011

Apa itu LINUS Literasi ?

LINUS Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Monday 24 October 2011

Tak kenal maka tak cinta... sebelum kita pergi lebih jauh lagi, sebaiknya kita memahami apa sebenarnya LINUS. Semoga maklumat ini dapat kita kongsi bersama.

Jom nyanyi lagi... kali ini huruf kecil pula.

Jom nyanyi dengan cikgu...

Monday 3 October 2011

Yang mana satu ? Kenal huruf besar atau huruf kecil ?

Kata sifu saya,  kenalkan huruf besar terlebih dahulu sebab bentuknya berbeza-beza dan tidak mengelirukan.Terdapat banyak huruf besar yang kita boleh lihat pada papan-papan tanda, iklan, plat kenderaan dan lain-lain yang berada di sekeliling anak-anak kita. Secara tidak langsung, kita boleh ajar mereka secara rawak. Anak-anak akan cepat ingat huruf besar. Apabila mereka sudah menguasai kesemua huruf besar, lebih mudah kita kenalkan huruf kecil. Huruf kecil bentuknya agak mengelirukan. Terdapat 10 huruf kecil yang sama bentuk dengan huruf besar dan 6 huruf kecil yang hampir sama. Jadi, secara tidak langsung mereka sudah kenal 16 huruf kecil. Hanya 10 huruf kecil sahaja yang tinggal untuk dilatih tubi.

Percaya atau tidak, cuba anda kaji sendiri dan aplikasikannya kepada anak-anak atau pun murid di sekolah...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sunday 2 October 2011

Cikgu.... saya tak boleh.

Akim... Akim.... kamu cepat sangat mengalah. Janganlah macam ni. Cubalah dulu. Akim cuba eja, sebut ulang-ulang kali. Kemudian, Akim sebut satu persatu perkataan yang cikgu tunjuk.
Haa.... kan dah boleh tu.
Apa yang boleh cikgu ???
Akim... yang Akim sebut tadi tu, Akim bacalah... maknanya Akim dah boleh baca cuma Akim tak yakin je.
Eh, ye ke cikgu ? yang tadi tu saya baca ke ?
Betul ... Akim dah boleh baca.
Kawan-kawan, aku dah boleh bacalah. Aku dah boleh baca. Aku dah boleh baca....
Seronoknya saya. Terima kasih cikgu...
Sama-sama. Lepas ni kita tolong kawan-kawan Akim pula ...

Sunday 25 September 2011

Biar buta mata, jangan buta hati...

Hampir 16 tahun mendidik...
Jarang sekali aku mendapat murid yang bestari...
Setiap tahun aku akan berhadapan dengan anugerah Ilahi...
Yang banyak menguji kesabaran, menduga keimanan....
Namun aku yakin, disebalik wajah redup kalian, ada sinar yang akan bercahaya...