Saturday, 19 November 2011
Tahukah anda ?
Gabungan suku kata akan menjadi perkataan. Perkataan-perkataan yang bermakna disusun supaya menjadi ayat yang betul dan gramatis. Lakukan latih tubi menyebut perkataan hingga membaca ayat secara ansur maju. Anda pasti boleh lakukannya untuk membimbing anak-anak di rumah.
ditulis oleh cikgu nona pada 4:15:00 am 0 apa komen anda
label konstruk 3
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
ditulis oleh cikgu nona pada 2:30:00 am 0 apa komen anda
label konstruk 3
Saturday, 5 November 2011
Konstruk 2 : Keupayaan membunyikan dan menulis suku kata terbuka
Bagus.... kamu telah mengenal kesemua huruf vokal dan konsonan.
Mari kita belajar mengeja suku kata terbuka ( kv ).
Gabungkan huruf konsonan ( k ) dan vokal ( v ) untuk mengasilkan bunyinya.
ditulis oleh cikgu nona pada 4:32:00 am 0 apa komen anda
label konstruk 2
Tuesday, 25 October 2011
Apa itu LINUS Literasi ?
LINUS Literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
ditulis oleh cikgu nona pada 12:11:00 am 0 apa komen anda
label Definisi Literasi
Monday, 24 October 2011
Tak kenal maka tak cinta... sebelum kita pergi lebih jauh lagi, sebaiknya kita memahami apa sebenarnya LINUS. Semoga maklumat ini dapat kita kongsi bersama.
ditulis oleh cikgu nona pada 11:49:00 pm 0 apa komen anda
Jom nyanyi lagi... kali ini huruf kecil pula.
ditulis oleh cikgu nona pada 5:22:00 pm 0 apa komen anda
label konstruk 1
Jom nyanyi dengan cikgu...
ditulis oleh cikgu nona pada 5:14:00 pm 0 apa komen anda
label konstruk 1
Monday, 3 October 2011
Yang mana satu ? Kenal huruf besar atau huruf kecil ?
ditulis oleh cikgu nona pada 7:59:00 pm 0 apa komen anda
label konstruk 1
Sunday, 2 October 2011
Cikgu.... saya tak boleh.
Akim... Akim.... kamu cepat sangat mengalah. Janganlah macam ni. Cubalah dulu. Akim cuba eja, sebut ulang-ulang kali. Kemudian, Akim sebut satu persatu perkataan yang cikgu tunjuk.
Haa.... kan dah boleh tu.
Apa yang boleh cikgu ???
Akim... yang Akim sebut tadi tu, Akim bacalah... maknanya Akim dah boleh baca cuma Akim tak yakin je.
Eh, ye ke cikgu ? yang tadi tu saya baca ke ?
Betul ... Akim dah boleh baca.
Kawan-kawan, aku dah boleh bacalah. Aku dah boleh baca. Aku dah boleh baca....
Seronoknya saya. Terima kasih cikgu...
Sama-sama. Lepas ni kita tolong kawan-kawan Akim pula ...
ditulis oleh cikgu nona pada 2:19:00 am 0 apa komen anda
Sunday, 25 September 2011
Biar buta mata, jangan buta hati...
Hampir 16 tahun mendidik...
Jarang sekali aku mendapat murid yang bestari...
Setiap tahun aku akan berhadapan dengan anugerah Ilahi...
Yang banyak menguji kesabaran, menduga keimanan....
Namun aku yakin, disebalik wajah redup kalian, ada sinar yang akan bercahaya...
ditulis oleh cikgu nona pada 7:41:00 pm 0 apa komen anda
