Tema : Kebersihan
Tajuk : Diri Saya
Standard Kandungan
2.0 Membaca suku kata
3.0 Membina dan menulis suku kata
Standard Pembelajaran
2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV
Objektif
Pada akhir pelajaran murid berupaya :
i. Membunyikan suku kata KV gabungan huruf vokal dan huruf konsonan.
ii. Menulis suku kata terbuka KV gabungan huruf konsonan dan huruf vokal.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid sudah mengenal huruf a - z.
Ilmu : Pendidikan Jasmani
Penerapan nilai : tolong – menolong, bekerjasama
Bahan Media : kad huruf vokal, kad suku kata, kad gambar, bola kecil, lembaran kerja, pin boling.
KBT : menghubungkait,
BCB : mendengar dengan berkesan
Masa langkah | Aktiviti Pengajaran pembelajaran | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit ) | 1. Guru meminta dua orang murid memecahkan belon dan meneka gambar yang terdapat di dalamnya. | Belon Gambar muka |
Langkah 1 ( 10 minit ) | 1. Guru mempamerkan kad huruf vokal. 2. Murid diminta menyebut dan membunyikan huruf vokal. | kad huruf vokal |
Langkah 2 ( 20 minit ) Permainan “Siapa kena, dia eja” | 1. Guru memperkenalkan peralatan dan cara bermain. 2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid berbaris mengikut kumpulan untuk menunggu giliran membuat balingan. 4. Murid mengambil bola dan pin boling yang telah dijatuhkan. 5. Murid menggabungkan huruf konsonan dan vokal untuk membentuk suku kata KV. 6. Murid mengeja hasil gabungan huruf tersebut. 7. Murid mencari kad suku kata KV di dalam kotak dan lekatkannya pada papan tulis. | bola kecil bertulis huruf vokal pin boling bertulis huruf konsonan kad suku kata |
Langkah 3 ( 15 minit ) | 1. Guru menampalkan gambar pada papan tulis. 2. Murid memilih suku kata yang betul bagi melengkapkan perkataan tersebut. 3. Murid mengeja dan menyebut perkataan hasil gabungan dua suku kata tersebut. 4. Ulang langkah 1 – 3 untuk beberapa gambar yang lain. 5. Murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan. | kad bergambar kad suku kata Lembaran kerja |
Penutup ( 10 minit ) | Penutup Kognitif: Guru meminta murid menyebut semula suku kata KV yang di paparkan Penutup sosial. Guru mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung. Murid diberikan ganjaran sebagai galakan untuk terus mengikuti kelas yang seterusnya. | |
0 apa komen anda:
Post a Comment